Hari ke 12 - 7 Dec 05
5am dah bangun. Sembahyang. Breakfast. 7.30am trekking ker Syauli Bazaar. 11.15am lunch kat Syauli Bazaar. 1pm start trekking ker Nayapool. 2.30pm sampai Nayapool. 4 org dah hilang. Rupanya tersasar terkedepan. 2.45pm move to Pokhara. 4.30pm sampai ke Lake View Hotel, Pokhara. 7pm dinner kat Monsoon Rest.
Hari ke 13 - 8 Dec 05
6am bangun. 8am breakfast. Hari ni free & easy. Nak pegi ker Shanti Gompa (World Peace Pagoda) and International Mountain Museum. Nak ke pagoda kena naik sampan merentas Phewa Lake, tasik terbesar di Pokhara. Tengah-tengah tasik ada kuil hindu. Dari pagoda pemandangan memang mabeles.
12.30pm balik ke hotel. 1pm lunch. 2.45pm naik bas ker museum. Ingat nak singgah ke Devi's Fall (air terjun suci) tapi tak sempat. Melawat museum pun dah makan masa 2 jam. 5pm balik ke hotel. Tak sempat nak shopping pun coz kat sini masa siang singkat, kol 6pm dah gelap.
6.3pm dinner kat Laxman Rest (Indian). Lepas dinner pegi merayau kejap, beli t-shirt bett je yg sempat nyer. 9pm tidur.
Hari ke 14 - 9 Dec 05
5.30am bangun. Hari ni nak ke Nagarkot. Dari Pokhara ke Nagarkot lebih kurang 6 jam naik bas. 6.30am naik bas. Tak sempat breakfast, takut lambat sampai ker Nagarkot. 8.30am singgah makan kat restaurant kat Pokhara. Jalan jam hari ni. Ada road block.
11pm lunch. 2.15pm sampai ke Kathmandu. Porter akan turun di sini, yag pergi Nagarkot hanya kami n Urja jer. Lepas kencing, amik gbr ngan porter, salam2 goodbye, kami bertolak ker Nagarkot. Rupanya kat Kathmandu ada 2 masjid. Jam kejap on d way ker Nagarkot. Jalan sempit, lepas tu ada lah bas sekolah besar tersangkut takleh jalan. Rupanya cuti sekolah dah mula.
Sempat lah tengok sunset dari dlm bas. Sampai Hill View Hotel kol 7pm lebih kurang. Bilik hotelnya punyalah besar. Tapi hot shower tak berapa memberangsangkan. Sejuk gak kat sini, almaklumlah ateh puncak bukit.
7pm dinner. 9pm dah masuk tidur.
Hari ke 15 - 10 Dec 05
Pukul 5.30am dah bangun. Konon nak tengok sunrise. Tapi belum lagi. Kol 6am baru nampak cahaya sikit. Naik ke menara tinjau utk tengok sunrise. Nampak the whole range of Banjaran Langtang dan Banjaran Everest. Panjang. Ramai gak org kat atas ni. Aku ngan selimut lagi naik kat ateh tuh, amik gambar. heh heh heh. Walaupun matahari dah tinggi tapi sejuk tetap sejuk sampai ke tulang.
8am breakfast. Lebih kurang kol 10.30am bertolak ke Kathmandu selepas bergambar sakan kat depan hotel. 12.30pm sampai kat Kathmandu. Tak sempat mandi n lunch terus shopping. heh heh heh. Itu pun ada yg kawan2 kirim tak terbeli. Pukul 4pm baru terasa lapar. heh heh heh. Giler tu tengok barang2 murah kat sini. Baju 2nd tak terjumpa plaks. Northface Goretaxe semua baru2. Kat Thamel, Kathmandu ni mmg shopping heaven utk yg minat barang2 perhiasan dan barang2 sukan.
Sebelum balik ke hotel, pegi amik t-shirt yg ditempah hari tu. Cantik tak tshirt kak ina. heh heh heh. Janji nak dinner pukul 6.30pm. Itu pun masih shopping sakan lagik tuh. Tengah tunggu baju hujan. Dah habis kat kedai tuh. Suruh Mandorj jangan tutup kedai sebelum kol 9pm. heh heh heh. Lepas dinner nak gi kedai dia balik.
Lepas dinner, terus direct ke kedai si Mandorj. Sib baik dia dapat carik baju hujan tuh, kalau tidak takdelah kawan2 aku baju hujan. heh heh heh. Urja pesan selepas kol 9pm jgn merayau2 lagi dah. Terus balik hotel. Rupa2nya ada pemberontakan kat tengah2 pekan. Sib baik kitorg tinggal kat hujung Thamel. Tapi nampaklah gak polis ramai2. Tapi alhamdulillah sepanjang perjalanan kami takde maoist (pemberontak) kacau. Malam ni kena berkemas coz esok pagi takut tak sempat. Kapalterbang kol 1.40pm dari Kathmandu.
Hari ke 16 - 11 Dec 05
5am dah bangun. Beg aku punyalah berat. Padat beg besar n beg kecik aku. Ada member beli extra beg lagik. Sib baik aku beli beg kecik jer satu. Itu pun utk bawak gi kerja nanti. Sarapan kol 7am. Lepas amik gambar semua, gambar lagik - heh heh heh, kol 10am bertolak ke lapangan terbang. Sib baik takde riot. Selamat tinggal Kathmandu.
Check-in. Bayar airport tax - Rupee1,700. Relex sambil tunggu last check-in utk perlepasan. Rupa2nya pisau wenger aku terlupa nak letak dlm luggage, dah kena amik dengan kastam diorg. Hampesssss betul... Dah sampai disitu jer rezeki pisau aku ngan aku

. Tapi sempat gak bertekak ngan pegawai kastam tuh. Masuk balai berlepas, punya lah ramai org. Dari Airport ke bandar berlepas naik bas.
Selamat Tinggal Nepal, insyaAllah lain tahun kita jumpa lagik. heh heh heh
Transit dari Bangkok, 1/2 jam jer. Terkejar2.
Sampai KLIA kol 11.00pm. Amik teksi balik rumah.
Berakhir di sini sahaja. Wassalamu.